Keusahawanan
Memperkasa Komuniti FELDA melalui Projek Perintis Agropelancongan Tahun Melawat Malaysia 2027
24/04/2026
Usaha memperkasa sektor pelancongan negara melalui pendekatan berasaskan komuniti terus diperkukuh apabila Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) mengambil langkah proaktif meneroka potensi agropelancongan sebagai salah satu pemangkin baharu pembangunan luar bandar. Inisiatif ini dilihat selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2027 (TMF 2027).









