Komuniti
70 Tahun FELDA: Dari Keringat Peneroka ke Warisan Bangsa
20/06/2026
FELDA bukan sekadar tanah yang diteroka, tetapi lambang perjuangan peneroka yang mengubah kesukaran menjadi harapan dan masa depan yang lebih baik. Sempena Hari Peneroka FELDA dan Sambutan 70 Tahun FELDA, penghargaan wajar diberikan kepada generasi peneroka yang telah menyumbang kepada kejayaan serta pembangunan sosioekonomi negara. Sambutan ini bukan sahaja mengenang sejarah, malah memperkukuh komitmen untuk memelihara dan meneruskan legasi FELDA kepada generasi akan datang.









